Friday 12 October 2012

Seram Nih

Aku biasa bila dapat menulis ni memang bersepah aku tulis hehehehehe

Em aku kebelakangan ni takut sangat nak tidur
Aku takut terlalu takut sampai tak berani nak tidur
last2 dalam ketakutan itu aku bantai tidur jugak

Tapi kenapa aku takut emmmm
Aku nak tidur tiba2 terasa akan mati bayangkan lah seramnya perasaan tu
aku terfikir bagi mana jadinya kalau aku mati masa aku tidur dan esok aku sudah kembali
(cakap pasal kembali ni kembali kemana??? kalau kembali bermaksud dari sana, kalau dari sana kenapa
disini adeh poning)

ah sambung cerita seram nih
apa pun memamg sangat takut memikirkan dosa yang bertimbun
pahala yang entah ada atau tidak,
jika nyawa di ambik ketika tidur apakah perasaan kita???

ada satu ketika pernah aku bermimpi,
aku dah mati rupanya
masa itu yang aku fikir cumalah ya Allah aku tak sempat bertaubat
kemudian aku di hidupkan semula untuk peluang kedua
wah meleleh air mata aku masa tu

jadi kepada diri ini aku berpesan kembali lah sebelum kita kembali

Rindunya Aku Pada Cikgu Azhar

Emmmmmmm

Lama betul aku tak jumpa cikgu aku
em rindu dulu sebelum khatam di rumah dia lah tempat kami bertandang
Dia lebih kepada keluarga berbanding guru, kadang2 kami datang untuk berpukul
kadang2 kami datang untuk berpukul tapi hidangan lain yang datang (makan lah apa lagi)
kadang2 kami datang nak berpukul tapi buah kedai kopi yang kami dapat (amalan dan pesanan)

adalah sebahagian dari diri aku sekarang adalah kerana guru ku cikgu azhar dan guru2 yang lain (sesungguhnya segalanya adalah milik Allah)

aku agak sibuk sekarang sibuk dengan perniagaan dengan kerja dengan keluarga, huhuhu ada aja alasan kita betul tak??

tapi tadi sempat jugak aku berborak dengan cikgu aku, kebetulan seeorang teman berada di sana
lusa aku hendak ke miri minggu depan aku perlu tgk tapak perniagaan minggu lagi satu aku kene balik kampung aduh, cuti pulak kene beku (sebab terlalu banyak kerja biasalah ujung tahun)

Apa pun walau jauh walau dekat semua guru aku aku rindu tak kira cikgu dari tadika yang anak dia aku jatuhkan sampai menagis, cikgu sekolah rendah yang selalu masukkan nama aku dalam kertas peperiksaan sebab aku terlalu comel, cikgu sekolah menengah yang ni aku tak tahu nak kata apa hehehehe cikgu universiti or pensyarah yang mendidik and sangat mempercayai dan melihat akan potensi diri setiap pelajar mereka.

entahlah tapi sekadar pesanan untuk adik beradik khatam and kita semua (lebih kepada mengingati diri)

Sabda Rasulullah

"Ada 3 golongan yang tidak boleh di pandang ringan hak mereka sesiapa yang meremehkannya adalah munafik ; orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil"


"Belajar lah ilmu,belajar lah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuh lah pada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka"

 Riwayat At-Thabrani

Semoga kita semua di berkati guru-guru kita insyallah

satu yang aku belajar agak bagus ialah sebaik2 pesanan adalah berpesan akan kebaikan pada diri sendiri
kita berpesanlah pada diri kita selalu. (kan benda ni selalu dalam khutbah jumaat)
berpesan agar kita sentiasa menuju kepada kejayaan dan kebaikan .

Semoga kita semua di rahmati