Thursday 6 December 2012

Buah 3 Pemati

huhuhuhu

baik akhirnya den dapat idea buah baik tambahan kepada koleksi buah2 yang sulit

buah 3 ni mudah kita pakai,
sekali guna kene 3 step ni kurang satu kita kalah

nak tgk bentuk buah kene jumpa aku lah bagi yang kenal aku ni siapa
 bagi yang tak kenal, aku ni yang halus2 orang nya yang kecik2 tu
selalu duduk belakang bila ada majlis
mata kecik, yang kelihatan tidur walau berjaga

ok ini secara teori tentang buah 3 ni

kira pemati or penamat

buah 3 ni kita mula dengan

angkat tangan dan lafazkan syukur, boleh guna lebih baik dalam keadaan sujud kira buah ni memang rendah main dia. kita kene rendahkan diri kita

lepas tu bhagian dua buah ni kita start bergerak dangan doa, inilah kekuda kita kita serang guna doa, tak kira apa datang pun dari siapa pun kita balas dengan doa kita panjatkan doa, kita hentak dengan tagisan dan jangan bagi peluang biar lah sampai merayu.

dan dalam permaian kita tentunya dalam serang ada bertahan maka wujud lah buah sabar, ni kene ada jugak kalau dah ada buah sabar ni musuh jadi bengong, dalam diri jadi kuat apa serangan yang datang tahan dengan sabar

bila kita ada dan lengkapkan diri kita dengan benda ni insyallah terbukalah amalan yang kita kata di satu tahap apa sahaja yang kita hajat insyallah tertunai

tanyalah diri kita berapa banyak ujian Allah yang kita betul redha, semua milik Allah ujian milik Allah jangan kita asyik komplain aja dalam hidup ni guna 3 buah ni jalani hidup.

kalau Allah bagi kita hidu bau wangi sesungguh nya Dia Maha indah, kalau dia bgi Kita terhidu bau Busuk, masih lagi bau itu tetap mahkuk Allah dan Allah tetap mulia jangan di hina bau busuk itu, kerana itu juga tanda kebesaran Allah yang maha Bijaksana dalm mencipta.

ambik 3 buah aku ni guna dalam hidup, susah memang susah tapi kita cuba sentiasa cuba insyallah
aku berpesan cuma untuk diri aku dan aku lafazkan dalam bentuk tulisan.

ini adalah untuk diri aku,
tapi kalau korang nak terima ambiklah sesungguhnya semua ini milik Allah



Sanggup ke Kita Kalah???

Em soalan ni kalau tanya budak tadika ke memang diorang kata tak punya, mesti mau menang

dengan lafaz dan segala pujian kepada yang Esa
mari kita kalah

kadang2 kita ni tak nak kalah itulah masalahnya
kita tak nak mengalah ni akan menutup segala pintu-pintu rahmat
kalah lah dan redha lah insyallah kita menang

masalah manusia ialah manusia memenangkan nafsu, ini lah yang menghijab kita dari melihat berapa dekatnya tuhan dengan kita

siapa diri kita tanya lah pada diri kita, diri kita cuma lah nafsu,ego,sombong dan banyak lagi yang negatif itulah diri kita.

inilah dia manusia yang sebenar macam mana nak mencapai iman, dan macam mana nak menjadi amalan sedangkan yang kita dokong cuma diri kita yang sebenarnya menjauhkan kita dari tuhan

sedang kan dalam mencapai dan mendekati tuhan kita harus hadapi ujian,dan kalah dan redhalah walaupun benda itu kita tak suka.
kita di ejek biarlah kita kalah tanpa membalas
duit kita hilang biarlah kita kalah tanpa merunggut
kita dianiaya biarlah kita kalah tanpa mengadu domba
kita sombong biar kita kalah dengan merendah diri
kita bergaduh biar kita kalah dengan terlebih dahulu meminta maaf
kita kaya biar kita kalah dari membandingkan harta dengan mangaku semuanya milik Allah


yang perlu kita buat ialah angkat tangan dan syukur semua ujian adalah untuk dekatkan diri pada Allah menguji iman.

apa yang kita dapat dalam nak menang???? apa yang kita capai apa yang kita hilang????

fikirlah
hadith - kawan aku cakap
"berfikir sejenak lebih baik dari beribadat seribu tahun"

bagaimana kita nak mendapat luar biasa sedangkan kita tak keluar dari kebiasaan
masih lagi nak ego masih lagi nak sombong masih lagi terlalu ber Aku
aku ini, aku itu, aku hebat, aku gagah, aku power, aku yang buat tu aku yang buat ni


kalau asyik dah kita kata aku, di mana tempat Tuhan dalam hidup kita????

kita tepuk dada tanya iman
jangan tepuk dada awek or isteri bagi yang lelaki takut nanti kene ubah kedudukan "i"

Buah Yang Terhebat Lagi Tinggi Martabat

Em aku rasa aku nak pecahkan rahsia buah yang aku simpan dan pakai selama ni
buah yang boleh membawa maut kalau salah guna.
konsep dia apa pun pun boleh

dan dia adalah buah yang pertama dalam martabat mana2 pergerakan nama nya ialah












BUAH FIKIRAN

dah dapat dah rahsia ni pandai lah simpan pandai lah guna. tak perlu aku ajar konfirm korang tahu guna.
datang dia sebelum mana2 buah yang korang ada.

takde buah ni buah yang ada akan di kira nothing hehehehehehe


Kasih Keluarga

Aku nak cerita satu cerita benar yang terjadi pada aku

Pada suatu hari........
ada sorang boss aku ni dia sudah kurang ajar, bos aku ni jugak budak yang menyewa kat rumah aku dengan umur yang sudah 5 tahun lebih tua dari aku.

mungkin di sebab kan terlalu rapat  bila aku tegur dia pasal kebersihan rumah dia sudah tangkap feel sama teguran aku tu. dan di suatu hari bila ada perkara melibatkan tugas rasmi pejabat dia terlupa akan protokol kerja dia tibai aku dalam bahasa yang sangat indah (bahasa kawan2).

apa yang terjadi biasalah dah jadi budak buah pukul ni tangan terasa ringan, kaki terasa lebih ringan aku pantas naik ke bilik dan menegur sikap boss tadi siap tawar untuk berdiri (let us dance).

itu lah detik yang sangat menyedihkan bagi aku lepas tu (takde apa pun jadi sebab aku di tarik oleh staff lain) tapi sebab aku sound dia pasal tak sikap professional kita orang dah tak bertegur. Sesungguhnya demi Tuhan yang Maha pengasih dan Penyayang aku amat kesal akan benda yang terjadi tu.

Perkara ni dah terjadi hampir Setahun lepas dah kita orang tak bertegur langsung, dia keluar dari rumah sewa (actually tak keluar pun dia bayar sewa tapi tak duduk)

dalam setahun itulah kita orang tak bertegur sangat sedih sangat aku sedih,dalam diri aku penuh kesesalan huhuhuhu tapi syukur pada satu program baru2 ni aku tawar diri aku join. sebab aku di lantik jadi penghulu dan dia pulak penyelaras program kita orang kene lah rapat dan berbincang.

itulah detik aku berbaik semula dengan dia siap malam akhir tu aku gi karoke dengan dia and the geng. memang aku tak rapat macam dulu tapi secara professional kita orang cuba ketepikan hal peribadi.

dari lubuk hati aku aku nak jugak tegur sapa macam biasa aku selalu katakan pada kawan2 aku, aku rindu bercakap dengan dia as buddy.

moral of the story is - for almost a year i feel guilty about it, yang paling berat ialah aku rasa berdosa sangat sesama Islam aku tak bercakap. sedangkan kami adalah keluarga dalam organisasi kami.
tak ada kebanggaan bagi aku selama setahun itu untuk aku terus berselisih faham sebab mati akan datang dengan tiba2 dan aku takut mati aku itu dengan silatulrahim yang putus.

demi tuhan betapa dada ini terlepas dari beban dosa bila aku mampu bercakap dan berbaik semula cuma tak sempat duet aja time karoke tu hahahahahaha.

PS - yang menang bukan kita tapi ego, yang kalah bukan lawan tapi iman