Thursday 6 December 2012

Buah 3 Pemati

huhuhuhu

baik akhirnya den dapat idea buah baik tambahan kepada koleksi buah2 yang sulit

buah 3 ni mudah kita pakai,
sekali guna kene 3 step ni kurang satu kita kalah

nak tgk bentuk buah kene jumpa aku lah bagi yang kenal aku ni siapa
 bagi yang tak kenal, aku ni yang halus2 orang nya yang kecik2 tu
selalu duduk belakang bila ada majlis
mata kecik, yang kelihatan tidur walau berjaga

ok ini secara teori tentang buah 3 ni

kira pemati or penamat

buah 3 ni kita mula dengan

angkat tangan dan lafazkan syukur, boleh guna lebih baik dalam keadaan sujud kira buah ni memang rendah main dia. kita kene rendahkan diri kita

lepas tu bhagian dua buah ni kita start bergerak dangan doa, inilah kekuda kita kita serang guna doa, tak kira apa datang pun dari siapa pun kita balas dengan doa kita panjatkan doa, kita hentak dengan tagisan dan jangan bagi peluang biar lah sampai merayu.

dan dalam permaian kita tentunya dalam serang ada bertahan maka wujud lah buah sabar, ni kene ada jugak kalau dah ada buah sabar ni musuh jadi bengong, dalam diri jadi kuat apa serangan yang datang tahan dengan sabar

bila kita ada dan lengkapkan diri kita dengan benda ni insyallah terbukalah amalan yang kita kata di satu tahap apa sahaja yang kita hajat insyallah tertunai

tanyalah diri kita berapa banyak ujian Allah yang kita betul redha, semua milik Allah ujian milik Allah jangan kita asyik komplain aja dalam hidup ni guna 3 buah ni jalani hidup.

kalau Allah bagi kita hidu bau wangi sesungguh nya Dia Maha indah, kalau dia bgi Kita terhidu bau Busuk, masih lagi bau itu tetap mahkuk Allah dan Allah tetap mulia jangan di hina bau busuk itu, kerana itu juga tanda kebesaran Allah yang maha Bijaksana dalm mencipta.

ambik 3 buah aku ni guna dalam hidup, susah memang susah tapi kita cuba sentiasa cuba insyallah
aku berpesan cuma untuk diri aku dan aku lafazkan dalam bentuk tulisan.

ini adalah untuk diri aku,
tapi kalau korang nak terima ambiklah sesungguhnya semua ini milik Allah



Sanggup ke Kita Kalah???

Em soalan ni kalau tanya budak tadika ke memang diorang kata tak punya, mesti mau menang

dengan lafaz dan segala pujian kepada yang Esa
mari kita kalah

kadang2 kita ni tak nak kalah itulah masalahnya
kita tak nak mengalah ni akan menutup segala pintu-pintu rahmat
kalah lah dan redha lah insyallah kita menang

masalah manusia ialah manusia memenangkan nafsu, ini lah yang menghijab kita dari melihat berapa dekatnya tuhan dengan kita

siapa diri kita tanya lah pada diri kita, diri kita cuma lah nafsu,ego,sombong dan banyak lagi yang negatif itulah diri kita.

inilah dia manusia yang sebenar macam mana nak mencapai iman, dan macam mana nak menjadi amalan sedangkan yang kita dokong cuma diri kita yang sebenarnya menjauhkan kita dari tuhan

sedang kan dalam mencapai dan mendekati tuhan kita harus hadapi ujian,dan kalah dan redhalah walaupun benda itu kita tak suka.
kita di ejek biarlah kita kalah tanpa membalas
duit kita hilang biarlah kita kalah tanpa merunggut
kita dianiaya biarlah kita kalah tanpa mengadu domba
kita sombong biar kita kalah dengan merendah diri
kita bergaduh biar kita kalah dengan terlebih dahulu meminta maaf
kita kaya biar kita kalah dari membandingkan harta dengan mangaku semuanya milik Allah


yang perlu kita buat ialah angkat tangan dan syukur semua ujian adalah untuk dekatkan diri pada Allah menguji iman.

apa yang kita dapat dalam nak menang???? apa yang kita capai apa yang kita hilang????

fikirlah
hadith - kawan aku cakap
"berfikir sejenak lebih baik dari beribadat seribu tahun"

bagaimana kita nak mendapat luar biasa sedangkan kita tak keluar dari kebiasaan
masih lagi nak ego masih lagi nak sombong masih lagi terlalu ber Aku
aku ini, aku itu, aku hebat, aku gagah, aku power, aku yang buat tu aku yang buat ni


kalau asyik dah kita kata aku, di mana tempat Tuhan dalam hidup kita????

kita tepuk dada tanya iman
jangan tepuk dada awek or isteri bagi yang lelaki takut nanti kene ubah kedudukan "i"

Buah Yang Terhebat Lagi Tinggi Martabat

Em aku rasa aku nak pecahkan rahsia buah yang aku simpan dan pakai selama ni
buah yang boleh membawa maut kalau salah guna.
konsep dia apa pun pun boleh

dan dia adalah buah yang pertama dalam martabat mana2 pergerakan nama nya ialah












BUAH FIKIRAN

dah dapat dah rahsia ni pandai lah simpan pandai lah guna. tak perlu aku ajar konfirm korang tahu guna.
datang dia sebelum mana2 buah yang korang ada.

takde buah ni buah yang ada akan di kira nothing hehehehehehe


Kasih Keluarga

Aku nak cerita satu cerita benar yang terjadi pada aku

Pada suatu hari........
ada sorang boss aku ni dia sudah kurang ajar, bos aku ni jugak budak yang menyewa kat rumah aku dengan umur yang sudah 5 tahun lebih tua dari aku.

mungkin di sebab kan terlalu rapat  bila aku tegur dia pasal kebersihan rumah dia sudah tangkap feel sama teguran aku tu. dan di suatu hari bila ada perkara melibatkan tugas rasmi pejabat dia terlupa akan protokol kerja dia tibai aku dalam bahasa yang sangat indah (bahasa kawan2).

apa yang terjadi biasalah dah jadi budak buah pukul ni tangan terasa ringan, kaki terasa lebih ringan aku pantas naik ke bilik dan menegur sikap boss tadi siap tawar untuk berdiri (let us dance).

itu lah detik yang sangat menyedihkan bagi aku lepas tu (takde apa pun jadi sebab aku di tarik oleh staff lain) tapi sebab aku sound dia pasal tak sikap professional kita orang dah tak bertegur. Sesungguhnya demi Tuhan yang Maha pengasih dan Penyayang aku amat kesal akan benda yang terjadi tu.

Perkara ni dah terjadi hampir Setahun lepas dah kita orang tak bertegur langsung, dia keluar dari rumah sewa (actually tak keluar pun dia bayar sewa tapi tak duduk)

dalam setahun itulah kita orang tak bertegur sangat sedih sangat aku sedih,dalam diri aku penuh kesesalan huhuhuhu tapi syukur pada satu program baru2 ni aku tawar diri aku join. sebab aku di lantik jadi penghulu dan dia pulak penyelaras program kita orang kene lah rapat dan berbincang.

itulah detik aku berbaik semula dengan dia siap malam akhir tu aku gi karoke dengan dia and the geng. memang aku tak rapat macam dulu tapi secara professional kita orang cuba ketepikan hal peribadi.

dari lubuk hati aku aku nak jugak tegur sapa macam biasa aku selalu katakan pada kawan2 aku, aku rindu bercakap dengan dia as buddy.

moral of the story is - for almost a year i feel guilty about it, yang paling berat ialah aku rasa berdosa sangat sesama Islam aku tak bercakap. sedangkan kami adalah keluarga dalam organisasi kami.
tak ada kebanggaan bagi aku selama setahun itu untuk aku terus berselisih faham sebab mati akan datang dengan tiba2 dan aku takut mati aku itu dengan silatulrahim yang putus.

demi tuhan betapa dada ini terlepas dari beban dosa bila aku mampu bercakap dan berbaik semula cuma tak sempat duet aja time karoke tu hahahahahaha.

PS - yang menang bukan kita tapi ego, yang kalah bukan lawan tapi iman

Tuesday 20 November 2012

Bersangka Baik

Em dewasa ini sering kita lihat (pehhh ayat) sorry aku bukan lelaki yang pandai ayat ni hehehehe
let aku tulis ikut lenggok bahasa aku aja.

Em dalam hidup ni macam karangan karangan aku sebelum ni, kita sebagai manusia selagi kita hidup kita akan di uji itu lah kehidupan. Adakah kita kata kita beriman selagi kita belum di uji.

kadang2 kita di uji dengan dosa kita sendiri, kita menggunakan segala yang miliknya, kurniaan dan juga izinNya dalam kita nak buat dosa nak buat jahat. kita lupa kita alpa (terutamanya aku) akan nikmat akan betapa dekatnya Dia dengan kita.

Tapi jangan sedih, kita bertaubatlah. Allah suruh kita sampaikan pada mereka yang kecewa dan berdosa yang sedih akan kesilapan kita katakan pada mereka katakan pada aku bahawa "selagi kau tahu Allah yang mengampunkan dosa dan mampu bertindak atas dosa itu maka Allah ampunkan kau"  boleh refer syarahan dr asri  pasal benda ni.

jadi jangan kita hampa jangan kita sedih kita teruslah lah jangan kita putus dari rahmat Allah dan jangan kita putuskan orang lain dari rahmat Allah. Doakan lah kita doa kan lah dia kita doakan semua orang insyallah.

kadang-kadang kita tak faham orang akan masalah dan situasi orang lain jangan kita tambah kesusahan dia, kita doakan orang kita doakanlah saudara kita insyallah.berikan lah rahmat Allah pada mereka berikan rahmat Allah. Jangan lupa tu kita jangan lupa berpesan dan mengingatkan sifat Pengasih, Penyayang Allah.

kepada rakan-rakan ku cikgu2 walau tidak berjumpa walau tak bersua doa hamba tetap bersama insyallah.

Ps- ujian Allah sentiasa ada doakan lah aku agar aku berjaya.

Friday 12 October 2012

Seram Nih

Aku biasa bila dapat menulis ni memang bersepah aku tulis hehehehehe

Em aku kebelakangan ni takut sangat nak tidur
Aku takut terlalu takut sampai tak berani nak tidur
last2 dalam ketakutan itu aku bantai tidur jugak

Tapi kenapa aku takut emmmm
Aku nak tidur tiba2 terasa akan mati bayangkan lah seramnya perasaan tu
aku terfikir bagi mana jadinya kalau aku mati masa aku tidur dan esok aku sudah kembali
(cakap pasal kembali ni kembali kemana??? kalau kembali bermaksud dari sana, kalau dari sana kenapa
disini adeh poning)

ah sambung cerita seram nih
apa pun memamg sangat takut memikirkan dosa yang bertimbun
pahala yang entah ada atau tidak,
jika nyawa di ambik ketika tidur apakah perasaan kita???

ada satu ketika pernah aku bermimpi,
aku dah mati rupanya
masa itu yang aku fikir cumalah ya Allah aku tak sempat bertaubat
kemudian aku di hidupkan semula untuk peluang kedua
wah meleleh air mata aku masa tu

jadi kepada diri ini aku berpesan kembali lah sebelum kita kembali

Rindunya Aku Pada Cikgu Azhar

Emmmmmmm

Lama betul aku tak jumpa cikgu aku
em rindu dulu sebelum khatam di rumah dia lah tempat kami bertandang
Dia lebih kepada keluarga berbanding guru, kadang2 kami datang untuk berpukul
kadang2 kami datang untuk berpukul tapi hidangan lain yang datang (makan lah apa lagi)
kadang2 kami datang nak berpukul tapi buah kedai kopi yang kami dapat (amalan dan pesanan)

adalah sebahagian dari diri aku sekarang adalah kerana guru ku cikgu azhar dan guru2 yang lain (sesungguhnya segalanya adalah milik Allah)

aku agak sibuk sekarang sibuk dengan perniagaan dengan kerja dengan keluarga, huhuhu ada aja alasan kita betul tak??

tapi tadi sempat jugak aku berborak dengan cikgu aku, kebetulan seeorang teman berada di sana
lusa aku hendak ke miri minggu depan aku perlu tgk tapak perniagaan minggu lagi satu aku kene balik kampung aduh, cuti pulak kene beku (sebab terlalu banyak kerja biasalah ujung tahun)

Apa pun walau jauh walau dekat semua guru aku aku rindu tak kira cikgu dari tadika yang anak dia aku jatuhkan sampai menagis, cikgu sekolah rendah yang selalu masukkan nama aku dalam kertas peperiksaan sebab aku terlalu comel, cikgu sekolah menengah yang ni aku tak tahu nak kata apa hehehehe cikgu universiti or pensyarah yang mendidik and sangat mempercayai dan melihat akan potensi diri setiap pelajar mereka.

entahlah tapi sekadar pesanan untuk adik beradik khatam and kita semua (lebih kepada mengingati diri)

Sabda Rasulullah

"Ada 3 golongan yang tidak boleh di pandang ringan hak mereka sesiapa yang meremehkannya adalah munafik ; orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil"


"Belajar lah ilmu,belajar lah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuh lah pada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka"

 Riwayat At-Thabrani

Semoga kita semua di berkati guru-guru kita insyallah

satu yang aku belajar agak bagus ialah sebaik2 pesanan adalah berpesan akan kebaikan pada diri sendiri
kita berpesanlah pada diri kita selalu. (kan benda ni selalu dalam khutbah jumaat)
berpesan agar kita sentiasa menuju kepada kejayaan dan kebaikan .

Semoga kita semua di rahmati







Saturday 8 September 2012

Tiap Ujian Di sudahi Keberkatan

HUH bila lah aku nak cerita pasal buah pukul emmmmm

so hari ni den nak cakap pasal ujian,

ramadan dah lepas em so adakah kita dapat berkatnya???
kadang2 dalam hidup ni peluang tu ada depan mata tapi kita tak ambil pun kita biarkan aja

dan kadang2 kita di uji kita tak bersyukur pun sedangkan ujian tu juga dari Pemilik yang sama yang memberikan nikmat. kaya miskin susah senang wangi busuk semua dari Dia.
pahit manis masam masin semua dari Dia.

Jadi berani ke kita komplain sedang kan semua adalah dariNya

Tulisan hamba kali ni simple aja

Dalam hidup ni kita akan di uji confirm punya, berat atau tak pada kita sendiri, dan bila kita di uji kita pilih jalan kita kita pilih jalan untuk mendekatkan diri padaNya dengan meredhai akan ketentuannya atau pun kita terus menerus lalai

apa pun terjadi ingatlah semua itu dari Allah kadang2 kita diuji dengan rezeki, kadang2 kita diuji dengan apa yang kita miliki, kadang2 di uji dengan apa yang kita nak, kadang2 diuji dalam perhubungan sesama rakan, suami isteri, keluarga dan macam2 lah ujian yang sememangnya ada maksud yang tersirat pada nya.

Jadi apa patut kita buat
- senyum and ucap syukur dan mintak lah jalan
- jangan berhenti berdoa minta pada Nya, Dia rindu kita
- kalau kene pada orang lain doakan dia jangan sesekali sumpah sesama kita
- percaya dan yakin ada jalan keluar (Dia tak bagi kalau kita tak mampu handle)
- Yakin Tiap satu itu sebenarnya keberkatan
- yakini Dia maha mengetahui

sebenarnya den gagal lagi paper den hahahahahaha (result keluar time puasa)
so i just keep on smiling and cuba lagi, plus den di ajar sesuatu
rupanya dia nak sedarkan den bukan sijil yang kita kejar tetapi ilmu
ilmu dah den dapat sijil aja belum but ilmu tu dah pun boleh bantu kita sesungguhnya Allah tak jadikan sesuatu itu sia2.


Dia lah yang pengasih dan Penyanyang dan Dia lah Ya Wahhab

P.S- kalau kita di uji kembalilah buka fikiran dan rasailah kenapa kita di uji, semua penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada penyelesaiannya insyallah



Thursday 21 June 2012

Buah Tempatan - it's only the beginning it's not the end

hari ni nak cerita pasal buah tempatan.

lama betul tak jumpa cikgu azhar
apa pun baru habis final harap kali ni lepaslah insyallah

elok tak kita persoalkan sesuatu??
sebenarnya ada kala dan ketikanya sangat elok ada kala nya tak perlu persoal pun
(aku dengar aku patuh)

ok jadi den pun tanya pada diri den akan permaian den
den tgk balik apa lah yang den buat ni...... because i know there is more to it

so den start study lah gerak den apa lah yang den buat selama ni untuk apa benda2 yang den buat ni, berdiri menitik perisai, lapis melapis berlerat. pasti ada matlamatnya

Allah tu maha kaya, kawan den dari aliran Aikido pulak tunjuk den satu video aikido
yang mana prinsipnya,  senang nak cakap lah dia guna tenaga kau untuk kalahkan kau.

so den tanya tak ada ke benda ni pada den punya.
sebab bab kederat ni memang lah den tak ada... maklumlah den ni halus kecil orang nya    uhuk... uhuk..uhuk... (terbatuk)
dan bagi den benda yang baik akan boleh di praktiskan oleh semua orang tanpa mengiri kekurangan kerana dalam kekurangan tulah ada kelebihan dan dalam kelebihan itu ada jugak kekurangan.

rupanya ada lengkap dah pun, tapi di mana???
ingat lah guru tak akan ajar kita semua benda tapi dia ajar apa yang kita perlukan
lain semua kita gunakan dengan keadaan semasa
contoh takkan cikgu nak cerita 1 x 1 sampai berjuta2 baru kita pandai cikgu akan tunjuk jalan dan cerita, lain semua pada kita untuk mahirkan diri.

macam satu kata pujangga ni :-
 i can only show u the path, but how to get there is your own decision

akhir kata
there is a lot more to learn

"The art of teaching is the art of assisting discovery" - Mark Van Doren

Sunday 6 May 2012

Terima Kasih Semua





Assalammualaikum

Maka hari itu sudah berlalu
Sudah berlalu tiba yang baru
Amanah sudah jatuh pada bahu
Berat juga nak di pikul huhuhu

Terima Kasih kepada Cikgu Azhar yang mendidik selama 3 tahun,

Terima Kasih kepada Cikgu Din Misai selaku Yang Pengerusi KL Selangor yang banyak mengajar berkongsi tips, petua dan pengalaman.

Cikgu Hisham Giant Selaku Setiausaha yang juga selalu memberi tips dan bantuan.

Terima Kasih kepada Semua Cikgu-cikgu Selangor Kuala Lumpur. (Cikgu Faizal, Cikgu Nasrul)


Terima Kasih Cikgu Dato Azmi Pahang

Terim Kasih Cikgu Boy Melaka


Terima Kasih Cikgu Aimi Terengganu

Terima Kasih Kepada Cikgu Din Gondorong dan Semua Cikgu-cikgu dari Johor

Terima Kasih Ayahda Hj Hashim, Guru Utama Lian Padukan Sekeluarga yang banyak berkorban untuk kami, berkongsi ilmu dan petua dan sanggup melayan kerenah anak2 yang berpuluh ini.

Terima Kasih Semua yang selama ini berjasa dan mendidik kami semua

Terima kasih kepada rakan-rakan segelanggang dan juga rakan2 dari gelanggang lain yang sangat best
walau baru berjumpa kenal macam dah lama.

Hanya Allah mampu membalas budi baik anda semua

Mohon restui kami,kita dan saya Insyallah.

Monday 19 March 2012

Aku lupa

Em
banyak benda yang aku terlupa,
banyak benda yang wajib aku sengaja lupakan

aduh sengsara hidup kalau berterusan macam ni em

aku nak kongsi sedikit ilham yang datang dari Allah sesungguhnya segalanya milik dia,
aku ni selalu lupa tuhan kadang2 tak ingat langsung bila teringat aku rasa sangat malu,
malu terutama bila solat time nak berdoa tu aduh sangat malu.

Mungkin ada antara yang melawat blog ni pun rasa apa yang aku cakap ni kene jugak dengan diri sendiri jadi sama2 lah komen nanti.
Jadi aku buat begini seboleh2 kalau aku susah ke senang ke ada masalah ke apa ke aku akan cakap dengan diri aku, aku dok sembang sendirian dengan diri aku mengomel tak tentu hala,

kenapa aku cakap dengan diri aku sendiri macam orang gila???
sebab aku tahu tuhan dekat dengan diri aku dekat dengan kita semua, terlalu dekat sampai tak nampak,
lebih dekat dari urat leher kita em

jadi sekurang nya aku tak lupalah, ini semata mata untuk elak diri aku dari lupa dan alpa

Kalau ada ustaz2 yang lalu dan membaca ni harap2 boleh lah kongsi dan bagi nasihat sedikit sebanyak boleh lah improvekan diri (kaizen) dan dapat lah beri sedikit sebanyak tunjuk ajar bantu2 lah hamba ni.

PS: hehehehe aku tak tulis pasal buah pukul pun adeh..... next time insyallah aku tulis pasal buah pukul pulak

Wednesday 22 February 2012

Sombong ke Aku

Dalam hidup ni kita selalu sangat ber Aku,

Aku hebat, aku gagah, aku yang buat ini aku yang buat itu, dulu aku yang...
dan bla... bla.... bla.....

Jadi habat sangat ke aku ni, bila aku berjalan selama ini dari mana datang daya, bila aku buat ini dari mana datang nya ini yang aku buat itu.




Maka ulama terdahulu dari sumber yang ada membuat satu formula keinsafan hehehehehe satu formula yang merangkumi 20 perkara asas, maka apakah formula ini ?????

iItulah dia yang di namakan sifat 20 bermula dari wujud dan seterusnya
di mana harus di terapkan sifat 20 ini???? hafal nya di mana ???? gunanya di mana

Maka hafalya di hati bukan di mulut, gunanya pada diri, baca lah sifat 20 dan lihat diri kita,
lihat sifat2 tuhan yang ada pada kita baru lah kita sedar yang kita tiada apa, bila kita sedar segalanya miliknya baru lah kita tak sombong barulah kita tak riak barulah kita berdiri dalam redha.

"tidak bergerak walau sebesar zarah pun tanpa izin Allah"

kalau tak boleh gerak macam mana nak berdiri :(

sekian

Wednesday 8 February 2012

Berdiri lah dalam keredhaan

Aku berpesan bukan untuk siapa tapi untuk diri aku jua

dalam kehidupan kita lupa serta alpa (cikgu din kata ego)
lupa akan pada siapa kita

kita cuma hamba
cuma cermin kepada yang lebih agung entahlah layak di panggil cermin pun tak jugak
tapi hakikat kita begitulah
dengan sifat-sifat yang di pinjamkan (ye ke di pinjamkan???)

tiap kali aku hidup dan berjalan aku takut aku berjalan dalam kealpaan dalam kelupaan tentang siapa diri aku yang sebenar

jadi sebelum kita berdiri
cari lah pengertian diri
supaya berdiri bukan dalam syirik tapi berdiri dalam mengerti
berdiri dalam mati bukan berdiri dalam keegoan diri

tak sangka nak gaduh pun banyak cerita
tak sangka dalam gaduh pun kita menderhaka
menderhaka pada siapa???

PS
berdiri dalam redha kalah pun dapat pahala kalau menang jangan di bangga semua tu milik Dia bukan Kita

Tuesday 24 January 2012

Mari bermadu, jom bermadu

Wah baca tajuk nya pun dah menarik hehehehehe

tapi den nak menceritakan tentang amalan memakan madu lah hehehehe

sebenarnya madu ni antara makanan yang di sebut di dalam quran
banyak manfaat madu ni untuk sihat tubuh badan untuk kuat tubuh badan untuk mencergah dan menyembuhkan penyakit

madu juga bermanfaat dalam menyembuhkan luka di mana luka lebih cepat sembuh

Madu asli atau tidak???


benda ni dah selalu kita dengar nak tahu yang kaw kene masuk hutan kene sengat lebah itu memang kaw
sebenarnya madu ni ada khasiatnya

madu yang dikatakan tak asli tu mungkin madu bela sebab lebah tu kita sendiri yang bagi makan tapi natijah lebih ni jangan lah kita lupa dia tetap mencari yang terbaik untuk di bawa ke sarang

dengar kata madu asli ni semut pun takut hehehehe entah lah aku pernah beli sebotol dari fama kedah ni confirm asli siap dia tunjuk video amik madu dalam hutan dan pokok tualang yang dia siap pasak dengan tangga, siap proses penyulingan untuk buang air dan ambik madu yang pure tapi still semut naik jugak.

mungkin ada pakar madu yang boleh jelaskan benda ni, tapi bagi aku madu tu tetap elok
aku suka madu khaula memang sedap rasanya dan pekat.

antara khasiat madu yang lain ialah buat kita mudah tidur
memberi tenaga samada untuk yang berkahwin pun ok kalau kene cara mengamalnya

jadi amalkanlah madu ni insyallah

Berpukul di kapar

Assalammualaikum semua

teringat waktu awal aku mula2 masuk kelas, kali pertama datang tgk Cikgu Azhar selepas di perkenalkan oleh nasrul, masa tu tgk memang lain buah pukul ni tak seperti yang aku belajar sebelum ni.

aku yang awal nya dari aliran papan sekeping terkejut dengan gaya lian yang cikgu azhar tunjuk habis pasir masuk mulut kene muka lagi bila cikgu azhar dengan murah hati mendemokan sedikit permainan lian.

Now... aku pula bakal di khatamkan insyallah
aku juga akan memikul amanah yang cikgu aku pikul.

hari tu melatih budak2 baru di gelanggang sambil di perhatikan cikgu azhar entah apa yang bermain di benak hatinya ketika dok menyusha aku ajar budak-budak baru hehehehehe

Wednesday 18 January 2012

Kenapa perlu berpukul

entah lah aku pun tak tahu kenapa aku belajar buah pukul ni

aku ni bukan kaki pukul, bukan lah jenis suka mencari pasal, cuma kadang-kadang sedikit garang itu pun amat jarang berlaku. Mungkin aku ikut sifat ibu ku yang penyabar berbanding adik beradik lain yang lebih pantas marahnya macam ayah aku

mungkin buah pukul aku ini bukan untuk sekarang tapi untuk suatu masa nanti, satu masa yang aku sendiri pun tak tahu melainkan semua itu dalam pengetahuan tuhan ku.

jika datang nanti, pasti aku mendulu hehehehe

Siapa Tok Sifat

Assalammualaikum 

siapa tok sifat tu?? tok sifat itu tidak lain dan tidak bukan adalah nama timangan yang diberikan kepada arwah moyang hamba, yang berketurunan minang berasal dari tanah seberang.

kenapa tok sifat?? kerana dia adalah seorang guru agama yang mengajarkan sifat 20 kepada anak muridnya.
Tak banyak yang aku tahu melainkan nama dan asalnya untuk aku ceritakan akan tok sifat ini

izinkan lah hamba menggunakan nama ini
semoga nama ini menjadi doa bagi hamba